Wednesday 13 March 2013

Pelik - Seketul Nuget Bernilai RM24510.


Seorang wanita di Nebraska menjual seketul nuget McDonald berusia tiga tahun yang didakwa menyerupai Presiden Pertama Amerika Syarikat, George Washington dengan harga AS$8,100 (RM24,510) di laman lelong dalam talian, eBay.

Rebekah Speight berkata, dia mahu menggunakan wang itu untuk membiayai 50 kanak-kanak ke sebuah kem musim panas di Sioux City.

“Saya hampir membuang nuget tersebut sebelum menyedari ia menyerupai wajah Washington. Ia turut disimpan dalam peti sejuk beku bagi mengelakkannya reput,”menurutnya.


p/s : Nuget macam tu pun ada orang nak beli dengan harga tu. Agak-agak kalau nuget menyerupai wajah PM kita ada orang nak beli tak? Hehehe.




No comments:

Post a Comment