Thursday 28 February 2013

Kerana Ketagih Judi Dirantai Bapa !






[HM] PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam. Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah. Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu. “Remaja terbabit mendakwa dia turut dipukul bapanya,” katanya. Menurut Cheth, remaja itu hanya dibebaskan daripada ikatan kira-kira dua jam kemudian apabila orang ramai menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden berkenaan. Seorang tukang kunci turut dibawa ke lokasi bagi membuka mangga rantai itu, manakala bapa remaja terbabit melarikan diri dan kini diburu atas kesalahan mendera. -

Gadis 16 Mangsa Bunuh Dan Rogol

 KUALA NERANG: Seorang gadis berumur 16 tahun dijumpai mati
 di dalam sebuah longkang dalam kebun getah di Kampung Pokka dekat sini. Nor Hidayu Mohamad, yang dipercayai mangsa bunuh dan rogol, dijumpai dalam keadaan separuh bogel. Polis membawa keluar mayat Nor Hidayu dari sebuah longkang tengahari tadi

http://mstar.com.my/archives/2006/8/7/TERKINI/Mutakhir/norhidayu.jpg 

Mayatnya yang dalam keadaan terlentang ditemui selepas polis yang mencari mangsa menjumpai motosikalnya kira-kira 100 meter dari tempat parit berkenaan kira-kira jam 12 tengahari tadi. Ketua polis daerah Padang Terap DSP Hamzah Darus berkata polis menerima laporan mengenai kehilangan Nor Hidayu pada malam Sabtu setelah dia gagal pulang selepas keluar dari rumahnya untuk membeli roti dan makanan ayam pada kira-kira jam 8 malam. Seorang penduduk kampung, katanya, ternampak motosikal mangsa tersadai di tepi parit berkenaan dan terus menghubungi polis. Katanya gerakan mencari mangsa dilakukan serta-merta sebelum polis menjumpai mayatnya. Roti, bungkusan makanan ayam dan wang RM1 juga dijumpai di dalam bakul motosikal mangsa. DSP Hamzah berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya tangan mangsa diikat selepas diserang. Polis juga percaya kejadian itu melibatkan lebih daripada seorang penyerang dan mereka mungkin dikenali Nor Hidayu. Bapa mangsa Mohamad Saad, 41, berkata, ketika meninggalkan rumah, anaknya itu memakai baju T dan berseluar panjang. Katanya ahli keluarga mula berasa bimbang apabila Nor Hidayu masih tidak pulang sejam kemudian dan terus keluar mencarinya sehingga jam 3 pagi. “Saya membuat laporan mengenai kehilangan Nor Hidayu di balai polis Padang Sanai pada hari Ahad. Dalam pada itu, kami sekeluarga terus cuba mencarinya tetapi gagal. “Kami tidak menyangka akan menemui Nor Hidayu dalam keadaan begini,” kata penoreh getah itu dengan sedih. Mangsa berhenti bersekolah selepas Tingkatan Dua dan mula bekerja sebagai pembantu di gerai makan berdekatan rumahnya sejak sebulan lalu.

Sunday 24 February 2013

Halden Prison, Penjara Paling Moden Dan Mantap Di Dunia (11 Gambar)

Halden Prison, Penjara Paling Moden Dan Mantap Di Dunia.
Ni penjara kah asrama? Ini memang penjara di Norway yang dibina pada tahun 2010 iaitu Halden Prison. Penjara ini kini mempunyai 250 orang banduan dan dikawal oleh 340 orang staf penjara. Apa yang menarik dalam penjara Halden ini adalah setiap sel banduan ini mempunyai satu peti sejuk dan sebuah TV. Selain itu, setiap banduan bebas untuk bergerak di dalam kawasan penjara yang seluas 30 hektar tanpa sebarang halangan. Banduan juga diberikan masa sebanyak 1.5 jam untuk menggunakan gim setiap hari. Banduan di sini juga diberi gaji sebanyak RM30 setiap hari dan pada hujung minggu mereka dibenarkan untuk belanjakan duit itu di supermarket. Ini kerana banduan di sini juga dibenarkan untuk masak makanan sendiri. Banduan perlu masuk ke dalam sel mereka dari jam 8:30 pm sehingga 7:30 pagi sahaja. Setakat ini belum ada lagi sebarang serangan ke atas mana-mana staf. 

p/s: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM500,000 untuk setiap seorang banduan dalam Halden setiap tahun. 










Hati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3 ! Jangan Jadi Macam Lelaki Ini (10 Gambar)

Berhati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3, Jangan Jadi Macam Lelaki Ini (10 Gambar)

Seorang lelaki telah membeli Samsung Galaxy S3 dan membawanya ke kedai servis Samsung kerana ianya tak boleh connect pada WiFi dan juga beberapa isu lain. Pekerja Samsung tidak dapat mambantu lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk melihat dengan lebih teliti pada telefonnya itu. Cuba teka apa yang dia nampak?

#buta punya olang... terang2 kat depan dah tulis..  
 
 

 
 

Bapa Kejam !Rogol Anak 3 Kali Seminggu

Bapa Jahanam, Rogol Anak Seminggu Tiga Kali
Bapa Jahanam, Rogol Anak Seminggu Tiga Kali - 
LONDON : Dua wanita Britain yang dirogol dan didera oleh bapa mereka selama 25 tahun sehingga menyebabkan kedua-duanya hamil sebanyak 18 kali mendapat satu permohonan maaf daripada pihak berkuasa tempatan yang mengakui kesilapan kerana gagal menghalang perbuatan sumbang mahram itu.
Maklumat lanjut mengenai penderaan itu telah didedahkan kelmarin pada satu sebutan semula kes tersebut di sebuah mahkamah di sini.

“Kami mahu memohon maaf kepada keluarga itu dengan sepenuh hati dalam kes ini.
“Memang jelas bahawa kami gagal terhadap keluarga ini,” kata Ketua Lembaga Penjaga Keselamatan Kanak-Kanak Sheffield, Sue Fiennes.
Kejadian itu berlaku pada 1981 semasa kedua-dua wanita berkenaan masih kecil iaitu semasa mereka masing-masing berusia lapan dan 10 tahun.
Menurut dokumen mahkamah, kedua-dua mereka dirogol dua sehingga tiga kali seminggu.
Jika menolak untuk dirogol, mereka akan dipukul, ditendang dan kadangkala didera dengan menggunakan api.
Menurut dokumen itu, keluarga tersebut berpindah sebanyak 67 kali sejak 35 tahun lalu bagi mengelak perbuatan itu dikesan dan menyebabkan bapa mereka akan ditangkap.

Thursday 21 February 2013

Wawa Semput 2013 Movie Penuh


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjz7zRNs5rJlwv76SdL5vDeO35Q3bb81VidGUMM2XzJAUrkv2U5q3d8c0NSbzrmR-L1msDd_LWc7W6Xg6FVAI5IWLgvNBi3IJek49vWt5kuubjgpwCZgu_A7mi6OuE86TTY1Sh_-5bfJPAv/s640/1209.jpg 


Kalau Video Ni Kena Block ,Sila Post Comment Dibawah Ni,
Atau Guna VPN @ Proxy . Maksudnya Guna IP Luar Negara..
Jangan Guna IP Malaysia..