Thursday 28 February 2013

Gadis 16 Mangsa Bunuh Dan Rogol

 KUALA NERANG: Seorang gadis berumur 16 tahun dijumpai mati
 di dalam sebuah longkang dalam kebun getah di Kampung Pokka dekat sini. Nor Hidayu Mohamad, yang dipercayai mangsa bunuh dan rogol, dijumpai dalam keadaan separuh bogel. Polis membawa keluar mayat Nor Hidayu dari sebuah longkang tengahari tadi

http://mstar.com.my/archives/2006/8/7/TERKINI/Mutakhir/norhidayu.jpg 

Mayatnya yang dalam keadaan terlentang ditemui selepas polis yang mencari mangsa menjumpai motosikalnya kira-kira 100 meter dari tempat parit berkenaan kira-kira jam 12 tengahari tadi. Ketua polis daerah Padang Terap DSP Hamzah Darus berkata polis menerima laporan mengenai kehilangan Nor Hidayu pada malam Sabtu setelah dia gagal pulang selepas keluar dari rumahnya untuk membeli roti dan makanan ayam pada kira-kira jam 8 malam. Seorang penduduk kampung, katanya, ternampak motosikal mangsa tersadai di tepi parit berkenaan dan terus menghubungi polis. Katanya gerakan mencari mangsa dilakukan serta-merta sebelum polis menjumpai mayatnya. Roti, bungkusan makanan ayam dan wang RM1 juga dijumpai di dalam bakul motosikal mangsa. DSP Hamzah berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya tangan mangsa diikat selepas diserang. Polis juga percaya kejadian itu melibatkan lebih daripada seorang penyerang dan mereka mungkin dikenali Nor Hidayu. Bapa mangsa Mohamad Saad, 41, berkata, ketika meninggalkan rumah, anaknya itu memakai baju T dan berseluar panjang. Katanya ahli keluarga mula berasa bimbang apabila Nor Hidayu masih tidak pulang sejam kemudian dan terus keluar mencarinya sehingga jam 3 pagi. “Saya membuat laporan mengenai kehilangan Nor Hidayu di balai polis Padang Sanai pada hari Ahad. Dalam pada itu, kami sekeluarga terus cuba mencarinya tetapi gagal. “Kami tidak menyangka akan menemui Nor Hidayu dalam keadaan begini,” kata penoreh getah itu dengan sedih. Mangsa berhenti bersekolah selepas Tingkatan Dua dan mula bekerja sebagai pembantu di gerai makan berdekatan rumahnya sejak sebulan lalu.

No comments:

Post a Comment