Wednesday 27 March 2013

5 Stesen Minyak Paling Unik Di Dunia

ssalamualaikum dan Selamat Sejahtera, biasanya stesen minyak di Malaysia semuanya mempunyai rekaan yang lebih kurang sama je bukan? hanya berbeza dari sudut susun atur mengikut konsep masing-masing! Tapi lain pula di luar negara, rekaan yang lain dari yang lain, dan stesen minyak ini boleh dikatakan sebagai 5 stesen minyak paling unik di dunia.. jom tengok gambar di bawah,kredit to wownesia.com
 
1. Tea Pot Gas Station; city of Yakima Valley, Washington
stesen minyak


2. Welcome To the City Gas Station; North Palm Canyon Drive


3. Recycled Materials Gas Station; Los Angeles


4. Lax Airpot roof Gas Stations; Crescent Drive Beverly Hills, California


5. Futuristic Gas Station; Copenhagen

 



P/S: Kan? hehe, antara kelima-lima stesen minyak ni mana satu pilihan anda? ekeke

 VIA NIZARAZU.COM 

JANGAN LUPE UNTUK SHARE 

Password WIFI Kedai Mamak

Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Password WIFI Kedai Mamak

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tujupakale
Hasrul : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tgk aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

hahaha, aptb~

Tuesday 26 March 2013

Gangster Celop 2013 Full Movie Download

Filem Gangster Celop merupakan hasil dua syarikat produksi terkenal, Skop Productions dan Excellent Pictures. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zalikha, Azad Jazmin dan Reen Rahim, filem ini dijangka mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman negara. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menonton filem ini di pawagam, boleh download Gangster Celop 2013 Full Movie di sini.

Gangster Celop Full Movie Download

Mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman dan Adam yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun yang bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik. Namun mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu, seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu iaitu Suzana yang baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan. Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Man Cirit yang merupakan musuh untuk sekian lama.



[Video] Akibat Keluarkan Kepala Bila Bas Sedang Bergerak



Lelaki ini keluarkan kepala semasa bas sedang bergerak dan kepalanya bergeser dengan sebuah trak.Nak tengok macamana keadaan lelaki itu,bolehah tengok di bawah.Pengajarnnya kepada budak-budak ataupun sesiapa sahaja,jangalah keluarkan kepala ikut tingkap.Apapun ambil video dibawah sebagia iktibar.Pesanan ikhlas daripada BudakSerius.

6 Sifat Wanita yang Perlu Dielak Untuk Dikahwini!



Setiap lelaki muslim mahukan pasangan hidup yang terbaik untuk diri masing-masing. Namun, dalam kita mengejar yang terbaik lelaki sendiri kadang-kadang terlupa untuk menjadikan diri mereka sendiri sebagai seorang muslim sejati(penulis sendiri juga tidak terkecuali dengan kata-kata ini) . Kita (lelaki) mengharapkan wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup maka kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:

Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:

Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali ; Sumber : Selangor2u

Jadi, wanita perlulah untuk elak diri mereka dari mempunyai 6 sifat negatif ini.


SHARE LAH YEE UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA 

Cara Buat Mee Goreng Cacing

Korang hanya memerlukan dua paket jelly atau strawberry, satu paket gelatine, 3/4 gelas susu, tiga gelas air panas, pewarna, dan straw.















Monday 25 March 2013

Gempar! 7 Lelaki Dibunuh Dengan Cara Kejam Ditemui Di Mexico

Foto mengejutkan ini menunjukkan bagaimana mayat tujuh lelaki yang ditemui atas kerusi plastik ditembak di kepala dengan mesej ancaman dipaku pada dada mereka menggunakan alat pemecah ais.
Satu pelekat pada satu mayat berkenaan yang ditemui pagi semalam di Uruapan, negeri Michoacan berbunyi: “Amaran! Inilah yang berlaku kepada pencuri, penculik, penyerang seks dan pemeras ugut.” Tujuh mayat yang mempunyai kesan kecederaan ditembak didudukkan di atas kerusi dekat bulatan jalan raya, kata pihak berkuasa tempatan. Pejabat pendakwa raya tidak memberikan motif pembunuhan itu.

Mayat berkenaan ditemui dengan kaki dan tangan terikat di luar kilang air minuman Pepsi. Kumpulan lelaki terbabit dipercayai berusia antara 15 hingga 40 tahun. Mayat ditemui kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan. Sementara itu, tujuh lagi orang dibunuh di bandar berjiran Guerrero, Mereka terdiri daripada empat orang awam dan tiga ejen persekutuan yang bercuti daripada bertugas.
Tiga ejen itu dikejar oleh kumpulan lelaki bersenjata ketika berjalan menuju ke sebuah bank dan dibunuh selepas cuba berlindung di hotel berhampiran, kata polis.
Kedua-dua negeri di pantai barat Mexico itu menyaksikan peningkatan keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ekoran kegiatan kartel dadah. Kira-kira 70,000 orang terbunuh dalam kejadian keganasan dikaitkan dengan dadah di Mexico sejak tujuh tahun lalu.

President Enrique Pena Nieto yang mula memerintah Disember lalu berikrar membendung keganasan yang mencemar imej negara itu sebagai destinasi pelancongan dan menghalang kehadiran pelabur asing. – Agensi, Hmetro

Saturday 23 March 2013

Terkini! Ketua Pengganas Sulu Saman Malaysia Rm77.8 Bilion

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Ketua Pengganas Sulu Jamalul Kiram III dikatakan sedang menyiapkan kertas tuntutan makhamah untuk menyaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM77.8 Bilion atas dakwaan membangun dan merampas sabah secara haram.
Menurut laporan Akhbar dalam Talian The Manila Times.net saman itu akan dihantar kepada Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani memberitahu,saman tersebut merupakan reaksi kepada tuduhan melakukan keganasan yang dikenakan pihak berkuasa Malaysia ke atas lapan pengganas rakyat Filipina Kelmarin.
Menurut Idjirani, ini merupakan saman kali ketiga yang dikemukakan oleh pihak Jamalul Kiram. – Kosmo


Via Nizarazu 

Thursday 21 March 2013

Pambunuhan Along Spoon akhirnya tejawab


 Sabi’ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon telah lama  meninggalkan kita semua
. Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.
Semalam di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini bersuara “Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?”. Tanya saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi ketika peristiwa ini berlaku. Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk membuat research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi.
Bercerita mengenai karier, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik Malaysia.
Namun pada 25 Disember 1999 , Dikala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah..


Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya’cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Untuk lebih jelas lagi lihat pada link yang telah saya berikan. Ada beberapa komen yang begitu menyentuh yang sempat saya baca mengenai pemergian arwah Along. (SINI)
Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah. Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah.
Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri. Ternyata research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!

Gempar! Lelaki Bakar Diri Di Kuala Lumpur


Gempar! Lelaki Bakar Diri Di Kuala Lumpur |  Membunuh diri bukanlah satu jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah. Kebiasaannya kes membunuh diri apabila diri seseorang itu buntu mencari jalan penyelesaian. Namun kita perlu tahu bahawa hidup di dunia ini hanya sekali. Bagi orang Islam pula,membunuh diri adalah haram di sisi agama. Berdosa besar jika kita membunuh diri. Oleh kerana itulah kita perlu sentiasa bijak mengawal emosi kita. Terbaru ada kes di mana seorang lelaki dipercayai mahumembunuh diri  dengan cara membakar dirinya sendiri di Kuala Lumpur.
bakar
Kuala Lumpur: Akibat tekanan perasaan, seorang lelaki berusia 40-an dipercayai cuba mengambil nyawa sendiri dengan menyimbah petrol ke badan sebelum membakar dirinya dalam kejadian di Blok B, PPR Seri Semarak, Setapak, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa yang dipercayai mengalami tekanan perasaan diselamatkan orang ramai bagaimanapun mengalami kesan melecur di keseluruhan badannya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang tinggal berseorangan mengalami tekanan perasaan sebelum mengambil keputusan untuk membunuh diri.
“Orang ramai menyedari kejadian itu selepas tubuhnya terbakar namun sempat menyelamatkannya,” katanya.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.07 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba Setapak tiba di tempat kejadian empat minit kemudian.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian pihaknya nampak seorang lelaki berusia 40-an yang terbakar seluruh badannya terbaring di lantai dan api sudah dipadamkan orang ramai sebelum bomba sampai.
“Lelaki berkenaan mengalami kesan melecur di seluruh badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.

Wednesday 20 March 2013

GEMPAR !!! TERKINI !!! KAPAL PERANG INDONESIA BERADA DIPERAIRAN SABAH !!!


Samporna: Berita yang menggemparkan sepasukan keselamatan negara yang sedang mengawal perairan Tawau - Nunukan indonesia berada didalam keadaan yang mencemaskan apabila pasukan keselamatan negara terihat beberapa buah kapal perang yang lengkap bersenjatakan perang menuju kearah mereka pagi tadi .

Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.

Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa. 
Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat.

Perkara Yang Paling Ditakuti Penduduk Aperment Dan Kondo

Di kondo kami ramai manusia jenis monyet yang suka buang sampah melalui balkoni. Kami dah jumpa pad haid, pampers baby dan roti canai yang jatuh berhampiran kereta kami. I mean seriously what kind of lazy bums do this? Tetapi kami bernasib baik kejadian seperti di bawah tak berlaku kepada kereta kami. Brb.. pergi office management minta tukar parking bay......



So,pesanan saya ,ingatlah kepada orang lain sebelum benda ni jadi dekat diri sendiri baru tau ..
Jangan Luper share yee..

Nur Misuari Mendakwa Kuala Lumpur Menjajah Sabah Dan Sarawak?


Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.
“MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF.
“Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina,” katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan di sini, semalam.
Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.
Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.
Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996.
“Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak,” ujarnya. – Utusan Online




Subhanallah! Kebijaksanaan Allah dalam Rukun Islam



Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Kita mengaku Allah itu yang kita sembah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Sesaat pun kita tidak boleh menduakan Allah. Jika ia berlaku maka gugurlah akidah kita. SETIAP SAAT!

Solat 5 Waktu Sehari Semalam
Rukun Islam yang kedua adalah melaksanakan solat wajib lima hari sehari. Malam dan siang mengikut jadualnya. Melalui ibadah ini kita mengingati Allah, berdoa kepadanya dan memperbaharui akidah mengikut jadual. Lima kali sehari. SETIAP HARI!

Puasa di Bulan Ramadhan
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Ini adalah penghulu segala bulan. Pada bulan inilah al-Quran diturunkan. Banyak peristiwa besar Islam berlaku dalam bulan Ramadhan. Persoalan besar yang tersemat di hati ialah puasa wajib ini perlu dilakukan hanya sebulan dalam setahun. Hanya SEBULAN dan setahun!

Mengeluarkan Zakat bagi yang Mampu
Jika cukup syarat-syaratnya seperti haul dan nisab, maka rukun Islam yang keempat ini wajib dilaksanakan. Meskipun banyak jenis zakat tetapi setiap satunya perlu dibayar hanya sekali dalam setahun. Hanya SEKALI SETAHUN!

Menunaikan Haji bagi yang Mampu
Akhir sekali, menunaikan ibadah haji bagi yang berkemampuan. Ia wajib dilaksanakan sekali seumur hidup. Di atas segalanya, ibadah haji seolah-olah kemuncak rukun Islam yang memberi aroma cukup luar biasa keapda setiap manusia yang mempercayai kewujudan Allah. SEKALI SEUMUR HIDUP!

Cantik turutannya. Dari setiap saat, setiap hari, sebulan dalam setahun, sekali setahun dan akhir sekali hanya sekali seumur hidup. Kalau difikirkan semula ianya menggambarkan turutan hidup kita sebagai seorang Islam yang bermula daripada mengucap dua kalimah syahadah dan kemuncaknya adalah menunaikan haji yang wajib dilakukan hanya sekali seumur hidup.

Secara jujurnya saya sendiri pun baru saja dapat mengesan kehebatan dan kebijaksanaan Allah s.w.t. dalam Rukun Islam. Selama ini cuma sekadar tahu saja tapi langsung tak pernah fikirkan sedalam-dalamnya Rukun Islam yang cuma dianggap sebagai syarat menjadi seorang Islam yang sejati.

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.......

Sumber Asal : Edywan I am Muslim

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wewangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perem puan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka taan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perem puan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebiha n terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perem puan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagi an tertentu.

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu





Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal tanpa kita sedari ialah....

1) Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2) Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3) Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4) Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5) Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6) Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7) Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8) Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9) Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10) Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Sebagai renungan bersama...semoga bermanfaat..

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim




1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

JANGAN LUPE UNTUK SHARE :) 

Hukum Doktor Lelaki merawat wanita mengandung

gambar hiasan

Salam semua dan selamat pagi..semalam saya ada terbaca sebuah entri berkenaan wanita mengandung jestru timbul dalam fikiran saya untuk berkongsi dengan anda apakah sebenarnya hukum Doktor lelaki merawat wanita yang sedang mengandung..

soalan lelaki tersebut:

Ada suatu perkara yang selama ini menggangu fikiran saya dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang serius.saya telah mempunyai empat orang anak.
kempat empat anak saya tersebut lahir memalui seorang doktor lelaki,Doktor lelaki itu la yang melaksanakannya.
yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan lain yang seumpamanya ketika dilakukan oleh Doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat?.
sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal.

Apakah  hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita,sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?

jawapan:

A) secara syariat wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat oleh orang lain,kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah.

B) wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukan la tergolong dalam keadaan darurat,ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaaan sakit.jika ia bukan dalam darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian bahagin tertentu tubuh wanita tersebut.

C) kedudukan darurat dalam islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain,maka secara terpaksa atau harus kita laksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentengan dengan ketetapan allah.

    contohnya, memakan daging kinzir hukumnya haram,namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikit pun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut,maka hukumnya harus memakan dagin tersebut sekadar mengelakan dari mati.

D) Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan,ia bukanla dalam keadaan darurat,sebab masih ada cara lain atau altrenatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama islam.

E) Mengapa kita mesti mencari Doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka di saat
mengadakan pemeriksaan bulanan.Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini.maka tidak timbul la istilah "darurat".

F) kecuali ketika melahirkan,di mana wanita yang melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak.maka ketika ini barula boleh pakai istilah darurat tersebut.

G) Ditinjau dari aspek pisikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan.bayangkan sahaja bagi seorang wanita yang hanya di sentuh oleh suaminya sahaja,tentu akan merasa suatu getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya.lebih-lebih lagi mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga.

H) Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana,namun dalam jangka masa panjang,kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi dan suaminya juga. dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tdak merasakan apa-apa terhadap pesakitnya,disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan.tersebut.namun bagi seorang wanita normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa getaran inilah yang dinamakan syahwat.

I) Fahamilah tenteng kaedah batas-batas aurat bagi wanita atau lelaki bukan muhrim.Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius,lama kelamaan akan runtuhla sendi institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhaan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa.peliharala diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.wallahu a'lam-Darul nu'man

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.


Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.


Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.


Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.


Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.


Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu . "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.


Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan.


Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya.


Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.


Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.


Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Bayi Melahirkan Bayi Kembar .Pelik


Subhanallah~!!! Para doktor kebingungan bayi kecil melahirkan anak kembar!!! Klik dibawah untuk tonton video rakaman . 




DAN JANGAN LUPE UNTUK SHARE SELEPAS TENGOK YEE..
COPY LINK INI DAN PASTE DI WALL ANDA ..


http://gempaknetwork.blogspot.com/2013/03/bayi-melahirkan-bayi-kembar-pelik.html

Sejarah Penggunaan Lampu Putar Di Kedai Gunting Rambut


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya mesti ramai di antara anda yang pernah melihat lampu putar di kedai gunting rambut bukan? yang bewarna merah biru tu?
Sebenarnya penggunaan lampu putar tersebut mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan ramai yang tidak tahu mengenainya. Pada zaman pertengahan, bukan hanya rambut yang boleh dipotong di “barber shop” tapi juga mampu menjalankan pembedahan kecil, mencabut gigi dan menyedut darah mengunakan lintah (pada zaman itu lazimnya penyedutan darah dilakukan bagi tujuan perubatan)
Penguasa Perancis meletakan dua tahap perubatan iaitu ahli bedah profesional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah yang ada di barber shop).
Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dibenarkan mempunyai pekerja dan mereka juga dibenarkan untuk mendalami ilmu bedah profesional di fakulti kedoktoran di Paris University.
Ambroise Pare yang merupakan tokoh bedah moden yang juga ahli bedah kerajaan Perancis juga sebenarnya bermula sebagai tukang bedah barber Shop.
Pada mulanya penggunaan tiang lampu berwarna putih dengan warna merah dan biru yang berputar melilit adalah kebiasaan bagi para tukang penyedut darah yang menjemur pembalut/bandage yg telah digunakan dan berlumuran darah didepan klinik mereka.
Lalu pembalut/bandages yang dijemur itu di tiup angin sehingga berputar melilit menimbulkan variasi warna merah putih, lama kelamaan kebiasaan itu menjadi trademark di setiap klinik sekaligus juga merupakan pemberitahuan kepada khalayak ramai bahawa tempat itu adalah klinik Barber Shop.
Seiring dengan berjalannya waktu, pemandangan itu buat sebahagian orang tampak menjijikkan, maka dibuatlah tiang putih yang di cat dengan warna merah dan biru sebagai pengganti pembalut/bandages yang digantung.
Tiang warna putih menggambarkan pembalut/bandages, warna merah adalah aliran darah sedangkan warna biru menggambarkan urat/pembuluh vena tempat darah disedut, bulatan diatas tiang menggambarkan bekas untuk penyimpanan lintah, sementara bulatan dibawah adalah bekas untuk menampung darah, tapi waktu itu modelnya masih lagi statik, iaini masih tidak berputar
1950an: Amerika menghasilkan model lebih sempurna, iaitu yang boleh berputar dan bekas yang diatas tiang diganti dengan bola. Sementara pemakaiannya bukan lagi untuk klinik sedut darah tapi untuk tempat memotong rambut sahaja
1950 – 1967: Dari hanya satu perusahaan saja telah terjual sebanyak 50,000 buah tiang tanda Barber Shop ini, seiring dengan percambahan Barber Shop di Amerika maka pada tahun 1996 penjualannya mencapai rata-rata 70,000 buah.
Namun sehingga tahun 1996 penjualannya merosot teruk kerana ada peraturan yang membatasan pemakaian tiang ini dengan alasan boleh memusingkan/memeningkan kepala jika terlalu banyak dipinggir jalan dan boleh menganggu penumpuan pemandu-pemandu
Walaupun demikian, model tiang ini merebak pesat ke seluruh dunia dan hampir seluruh dunia juga sepakat bahawa tiang ini adalah sebagai tanda menunjukkan tempat memotong rambut atau Barber Shop
Akhir sekali, jika tiang berputar bererti barber shop itu buka, demikian sebaliknya jika berhenti berputar bererti tutup.
## Dulu masa kecil-kecil selalu gak nampak tapi sekarang dah jarang jumpa.. hehe, korang pernah nampak tak lampu putar tu?
Via – Nizarazu.Com