Wednesday 20 March 2013

Hukum Doktor Lelaki merawat wanita mengandung

gambar hiasan

Salam semua dan selamat pagi..semalam saya ada terbaca sebuah entri berkenaan wanita mengandung jestru timbul dalam fikiran saya untuk berkongsi dengan anda apakah sebenarnya hukum Doktor lelaki merawat wanita yang sedang mengandung..

soalan lelaki tersebut:

Ada suatu perkara yang selama ini menggangu fikiran saya dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang serius.saya telah mempunyai empat orang anak.
kempat empat anak saya tersebut lahir memalui seorang doktor lelaki,Doktor lelaki itu la yang melaksanakannya.
yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan lain yang seumpamanya ketika dilakukan oleh Doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat?.
sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal.

Apakah  hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita,sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?

jawapan:

A) secara syariat wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat oleh orang lain,kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah.

B) wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukan la tergolong dalam keadaan darurat,ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaaan sakit.jika ia bukan dalam darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian bahagin tertentu tubuh wanita tersebut.

C) kedudukan darurat dalam islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain,maka secara terpaksa atau harus kita laksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentengan dengan ketetapan allah.

    contohnya, memakan daging kinzir hukumnya haram,namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikit pun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut,maka hukumnya harus memakan dagin tersebut sekadar mengelakan dari mati.

D) Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan,ia bukanla dalam keadaan darurat,sebab masih ada cara lain atau altrenatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama islam.

E) Mengapa kita mesti mencari Doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka di saat
mengadakan pemeriksaan bulanan.Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini.maka tidak timbul la istilah "darurat".

F) kecuali ketika melahirkan,di mana wanita yang melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak.maka ketika ini barula boleh pakai istilah darurat tersebut.

G) Ditinjau dari aspek pisikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan.bayangkan sahaja bagi seorang wanita yang hanya di sentuh oleh suaminya sahaja,tentu akan merasa suatu getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya.lebih-lebih lagi mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga.

H) Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana,namun dalam jangka masa panjang,kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi dan suaminya juga. dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tdak merasakan apa-apa terhadap pesakitnya,disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan.tersebut.namun bagi seorang wanita normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa getaran inilah yang dinamakan syahwat.

I) Fahamilah tenteng kaedah batas-batas aurat bagi wanita atau lelaki bukan muhrim.Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius,lama kelamaan akan runtuhla sendi institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhaan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa.peliharala diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.wallahu a'lam-Darul nu'man

No comments:

Post a Comment