Saturday 9 March 2013

Wartawan Ternampak Seorang Lelaki Bersenjata Di Zon Merah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJumdbqG_hdJxgfg2VgtWao19atD7VLSc8ZcuGgGb7Sg45n8MJbUH5oY5UDU5Ic3Ivo-LSp-zwFLyxlUzBM-4_ltgVhdwNQnnVZXdKRhqO_14QJZPR_cwBg2UaYQDoSl7aZerfFpFGpSY/s1600/kereta+kebal+tentera+di+lahad+datu+sabah.jpg 


Wartawan Ternampak Seorang Lelaki Bersenjata di Zon Merah - Kejadian ini berlaku kepada seorang Wartawan ketika memasuki 'Zon Merah' Kampung Labian yang dikawal rapi oleh Pasukan Pengawal Keselamatan.

Beberapa petugas media memasuki Kampung Labian kerana disangkakan tempat itu selamat berikutan pasukan keselamatan berkawal tidak jauh dari tempat itu.

Apabila memasuki kampung itu, seorang Wartawan The Star 'Normiemie' ternampak seorang lelaki yang mencurigakan bersembunyi di sebalik pokok kelapa sawit. Lelaki itu berpakaian gelap keseluruhan dan memegang senjata, apabila lelaki itu tahu wartawan (Normiemie) melihatnya dengan pantas dia merebahkan badannya.

Manakala Normiemie juga menunduk kebawah dan meletakkan kameranya di tanah agar lelaki itu tidak tersilap menyangka kameranya adalah senjata.

Pemandu kenderaan Wartawan TV Al-Hijrah berpatah balik keluar dari kampung Labian apabila diberitahu tentang kelibat lelaki yang mencuriga itu.

Tidak dapat dipastikan lelaki itu Anggota Polis atau Penceroboh Sulu, kini siasatan dilakukan. 

No comments:

Post a Comment