Thursday 21 March 2013

Gempar! Lelaki Bakar Diri Di Kuala Lumpur


Gempar! Lelaki Bakar Diri Di Kuala Lumpur |  Membunuh diri bukanlah satu jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah. Kebiasaannya kes membunuh diri apabila diri seseorang itu buntu mencari jalan penyelesaian. Namun kita perlu tahu bahawa hidup di dunia ini hanya sekali. Bagi orang Islam pula,membunuh diri adalah haram di sisi agama. Berdosa besar jika kita membunuh diri. Oleh kerana itulah kita perlu sentiasa bijak mengawal emosi kita. Terbaru ada kes di mana seorang lelaki dipercayai mahumembunuh diri  dengan cara membakar dirinya sendiri di Kuala Lumpur.
bakar
Kuala Lumpur: Akibat tekanan perasaan, seorang lelaki berusia 40-an dipercayai cuba mengambil nyawa sendiri dengan menyimbah petrol ke badan sebelum membakar dirinya dalam kejadian di Blok B, PPR Seri Semarak, Setapak, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa yang dipercayai mengalami tekanan perasaan diselamatkan orang ramai bagaimanapun mengalami kesan melecur di keseluruhan badannya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang tinggal berseorangan mengalami tekanan perasaan sebelum mengambil keputusan untuk membunuh diri.
“Orang ramai menyedari kejadian itu selepas tubuhnya terbakar namun sempat menyelamatkannya,” katanya.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.07 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba Setapak tiba di tempat kejadian empat minit kemudian.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian pihaknya nampak seorang lelaki berusia 40-an yang terbakar seluruh badannya terbaring di lantai dan api sudah dipadamkan orang ramai sebelum bomba sampai.
“Lelaki berkenaan mengalami kesan melecur di seluruh badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.

No comments:

Post a Comment