Wednesday 6 March 2013

Sabah Sah Hak Milik Malaysia !Tidak Boleh Dituntut Mana-2 Pihak

Sabah ialah hak milik sah Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa, dan negeri itu atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.



Beliau berkata perkara itu jelas termaktub dalam keputusan Suruhanjaya Cobbold 1963 yang menentukan bahawa majoriti rakyat bersetuju negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia.
“Sebelum Malaysia dibentuk, sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Cobboldtelah diwujudkan, bagi membuat pungutan suara rakyat berkenaanpenyertaan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.
“Secara keseluruhan suruhanjaya itu mendapati rakyat mahu menyertaiMalaysia dan kemasukan ke Malaysia adalah tindakan kenegaraan dan tiada lagituntut-menuntut selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri MajlisJalinan Murni Pemimpin Bersama Warga Penjara dan Pusat Pemulihan PenagihanNarkotik di Institusi Pemulihan Dadah di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pencerobohan di Lahad Datu, oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa diri mereka sebagai ‘Tentera Kesultanan Sulu’yang kononnya mahu menuntut negeri itu daripada Malaysia.
Terdahulu dalam ucapannya, Rais berkata kementerian itu bercadang mengadakanprogram khusus bagi mencungkil bakat dalam kalangan warga penjara terutama dalambidang seni budaya dan kraf.
Katanya langkah itu bagi memberi peluang dan galakan kepada warga penjara untuk meneruskan kehidupan dengan cara menyemarakkan bakat seni mereka menerusi latihan-latihan tertentu.

No comments:

Post a Comment