Monday 11 March 2013

Hantu Kak Limah 2 Husin Mon Dan Jin Pakai Toncet

 

15 September 2012 yang lalu, berlangsungnya sesi tayangan media filem trilogi Kampung Pisang 'Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit' di Ipoh Prade, Ipoh, Perak yang di anjurkan oleh pihak Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUCB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Majlis tersebut dihadiri oleh Penerbit Eksekutif TUSB Gayatri Su-Lin Pillai, Pengarah Filem, Mamat Khalid dan para pelakon antaranya Awie, Delimawati, Shy8, Man Kadir, Rashidi Ishak, AZwan Annuar, Arab Khalid, Nazari Ibrahim, Adi Shamsul dan Adam Khalid,

Filem pertama "Zombi Kampung Pisang" yang diterbitkan pada tahun 2007 menampilkan Kampung Pisang sebagai latar belakang telah berjaya mengutip lebih dari RM 3 Juta. Melalui kejayaan itu, TUSB menerbitkan pula filem yang juga menggunakan latar belakang yang sama iaitu filem kedua pengarah Mamat Khalid berjudul "Hantu Kak Limah Balik Rumah" (HKLBR) pada tahun 2010 dan berjaya membawa fenomena dengan kutipan menghampiri RM 8 Juta. Kini selepas 2 tahun, Kampung Pisang kembali lagi mewarnai dunia perfileman tanahair. Filem kali ini masih lagi dalam kesinambungan filem Kampung Pisang dan di beri tajuk "Husin, Mon & Jin Pakai Toncit" (HMDJPT) yang bakal menemui penonton pada 7 Februari 2013. Masih berkisarkan peristiwa di Kampung Pisang, tetapi kali ini kehadiran Jin Pakai Toncit pula menghantui penduduk - penduduk Kampung Pisang.
TONTON FULL MOVIE DIBAWAH INI




Klik Disini Untuk Download 
Atau Sini

No comments:

Post a Comment